Bilakah tarikh semakan keputusan murid Tahun 1 ambilan 2026/ 2027? Untuk panduan ibu bapa dan penjaga yang telah memohon anak mereka ke Murid Tahun Satu (1) Ambilan tahun 2026 dan 2027. Tarikh rasmi semakan keputusan ke Tahun Satu (1) Ambilan 2026/ 2027 boleh disemak secara online pada tarikh yang akan ditetapkan dalam pengumuman di Laman Sistem Bersepadu KPM Modul Pengurusan Awam (idme).
Untuk makluman, status keputusan boleh disemak pada kebiasaannya sekitar Ogos setiap tahun. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi.
Cara Semak Keputusan Murid Ke Tahun 1 2026/2027
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting semakan keputusan murid tahun 1 ambilan 2026 dan 2027 untuk rujukan ibu bapa atau penjaga.
Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh rasmi semakan, applikasi semakan dan maklumat lanjut. Keputusan Murid Tahun Satu (1) boleh disemak secara online seperti ketetapan berikut:-
Tarikh Semakan Keputusan Murid Tahun 1 Online (2026/2027)
Berikut adalah tarikh rasmi semakan keputusan penempatan murid tahun 1 di seluruh Malaysia yang akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi.
Semua Negeri Di Malaysia | |
1 Ogos 2025 | |
Rayuan Penempatan: bagi sekolah-sekolah di Malaysia boleh dibuat secara atas talian bermula dari tarikh 1 hingga 31 Ogos 2025 Ibu bapa / penjaga juga diminta untuk mencetak keputusan penempatan dan hantar ke pejabat sekolah untuk pihak sekolah membuat pengesahan Keputusan Rayuan: Keputusan akan diperolehi secara online sekitar bulan Oktober atau November 2025 |
Perakuan/ Pengesahan Penempatan
- Ibu Bapa penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan atau menghubungi pihak sekolah yang diluluskan penempatan mulai 01/08/2025 hingga 11/01/2026
- Kerjasama Ibu Bapa Penjaga adalah diperlukan untuk mematuhi tarikh pengesahan tersebut.
- Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak mereka atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
- Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan ini adalah betul.
- lbu bapa penjaga diminta untuk menyimpan surat tawaran bagi rujukan di masa hadapan.
- Sekiranya Ibu Bapa Penjaga tidak bersetuju dengan penawaran penempatan ini dan ingin memohon pertukaran sekolah, mereka hendaklah membuat rayuan secara dalam talian. Tarikh akhir rayuan adalah pada 31/08/2025.
Rayuan Penempatan
- Application rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
- Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/ penjaga dilaksanakan
- Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
- Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa registration ke sekolah bila diperlukan
Cara Semak Secara Online
Semakan keputusan tahun 1 hendaklah dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT dan pemohon perlu mengikuti langkah semakan seperti berikut :-
- Layari Laman idme : https://idme.moe.gov.my
- LOG MASUK > TAHUN 1 > SEMAK
Maklumat Lanjut
Untuk makluman, application murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2026 dan 2027 telah dibuka pada 1 Mac 2025 sehingga 30 April 2025. Register secara online ini terbuka kepada murid seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk untuk pemohon dari Negeri Sabah Sarawak dan W.P Labuan (sebelum ini secara manual).
Siapa Yang Layak Apply?
Kanak-kanak yang layak adalah dari warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh kelahiran seperti berikut :-
- 2 Januari 2019 sehingga 1 Januari 2020 (Sesi persekolahan tahun 2026)
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah berkaitan, sila hubungi :-
- E-mel: supportidMe@moe.gov.my
Pertanyaan berkaitan application ke Tahun 1 (untuk pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja), sila hubungi :-
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Untuk membuat pertanyaan atau rujukan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sila rujuk kepada maklumat dibawah :-
Selamat membuat Semakan Tahun 1 Keputusan tahun 2026/ 2027 secara Online. Semoga application anda berjaya.