Senarai Bazar Ramadhan Kedah 2025 (Lokasi Jualan Juadah Buka Puasa)

Lokasi Tumpuan Bazar Ramadhan Kedah 2025. Seperti yang semua sudah sedia maklum, bulan puasa pada tahun ini adalah pada 2 Mac 2025. Kita mesti bersiap sedia dari segi emosi dan fizikal untuk mengharungi bulan yang penuh dugaan dan cabaran ini. Tidak makan dan minum serta mengelak daripada perkara maksiat dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari adalah satu cabaran yang perlu ditempuhi dengan penuh kental. Setiap manusia dalam seumur hidup perlu melalui saat di mana kita merasai kesusahan dan keperitan orang yang tidak begitu bertuah dalam hidup mereka sebagai tanda memperingati mereka. Sebagai contoh kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Afrika, Ethiopia dan Haiti yang kekurangan sumber bekalan air bersih. Justeru, moga dengan berpuasa ini dapat mengajar kita erti kesusahan dan simpati buat orang lain. Berikut kami kongsikan lokasi senarai Bazar Ramadhan Kedah yang terdapat di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan kawasan sekitarnya buat rujukan anda semua.

Bazar Ramadhan di Kedah sekali lagi tetap meriah dengan pelbagai aneka pilihan juadah yang boleh dijadikan untuk berbuka puasa bila masuk waktu Maghrib. Rakyat Kedah pasti teruja untuk pergi beramai-ramai berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan yang ada. Ianya bagi memeriahkan lagi semangat dan suasana Ramadhan. Negeri Kedah cukup terkenal sebagai sebuah negeri yang penuh dengan kepelbagaian aneka pilihan makanan tradisionalnya, dan sudah tentu Bazar Ramadhan di Kedah ada pelbagai untuk ditawarkan kepada para pengunjung.

Senarai Bazar Ramadhan Kedah

Senarai Bazar Ramadhan Kedah 2024 (Lokasi Tumpuan Beli Juadah Berbuka Puasa)

Perhatian bagi yang ingin mendapatkan lokasi terkini tempat tapak Bazar Ramadan di Kedah. Berikut merupakan perkongsian senarai Bazar Ramadhan di negeri Kedah mengikut kawasan dan daerah yang tertentu pada tahun 2024. Senarai tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bazar Ramadan Sungai Petani:

Berdasarkan Majlis Perbandaran Sungai Petani, berikut adalah senarai bazar ramadan untuk tahun 2024 :-

ZON SUNGAI PETANI
Taman Ria JayaJalan PadangWisma Ria
Pekan MerbokPekan Bukit SelambauTaman Sejati Indah

Senarai Bazar Ramadan Kedah – Alor Setar & Jitra:

Berikut adalah senarai bazar ramadan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar untuk tahun 2024 :-

ZON ALOR SETAR & JITRA
Medan Selera Darul AmanKawasan Pasar PerembaPerkarangan Stadium Darulaman
Tapak Pasar Malam, Jalan PutraTaman AmanSimpang Kuala
Simpang Empat, Alor SetarPokok SenaMergong Jaya (RADiN)
Kota Sarang SemutLanggarMedan Selera Teratai
Taman BersatuKuala KedahTandop
Lotus MergongMydin Alor MengkuduTaman Wira Mergong
Tapak Foodtruck (Kolam)––

Bazar Ramadan Kulim:

Majlis Perbandaran Kulim telah mengeluarkan senarai bazar ramadan bagi tahun 2024 seperti berikut :-

ZON KULIM
Kelang LamaTaman SelasihTaman Lobak
Taman TiongTaman MutiaraTaman Sang Kancil
Pekan KulimDesa AmanTaman Sena
Taman MahsuriPadang SeraiBandar Permata Lunas

Senarai Bazar Ramadhan Kedah tahun sebelum ini di Langkawi, Padang Terap, Kuala Kedah dan Yan adalah seperti berikut :-

Bazar Ramadan Langkawi:

ZON LANGKAWI
Bazar Ramadan KuahPasar Awam KuahPasar Awam Ayer Hangat
Padang Matsirat––

Bazar Ramadan Kubang Pasu:

ZON KUBANG PASU
Tapak Penjaja Sementara Kepala BatasTaman Seri AmanTapak Penjaja Sementara Sungai Korok
Pekan Ayer HitamDataran Penjaja ChanglunTapak Pasar Malam Taman Mahsuri

Bazar Ramadan Pendang:

ZON PENDANG
Pekan Tanah MerahPekan PendangPekan Kubur Panjang

Bazar Ramadan Bandar Baharu:

ZON BANDAR BAHARU
Bandar BaharuSeri SerdangKomplek Penghulu Sungai Kechil Lilir
Stesen Bas Lubuk Buntar––

Bazar Ramadan Padang Terap:

ZON PADANG TERAP
Pekan Kuala Nerang

Bazar Ramadan Kuala Kedah:

ZON KUALA KEDAH
Kuala Kedah

Bazar Ramadan Yan:

ZON YAN
Pekan Gua ChempedakSungai Yan

Diharapkan agar perkongsian Senarai Bazar Ramadhan Kedah 2024 ini dapat membantu anda mencari Pasar  Ramadhan yang anda mahukan. Semoga urusan anda dipermudahkan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Share Artikel

az.editor

az.editor