Bilakah tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 2.0? Perhatian kepada pengusaha Perusahaan Kecil Dan Sedehana (PKS) yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh memohon bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia jika melepasi kelayakan yang telah ditetapkan. Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP setelah mengambil kira maklumbalas yang diterima.
Pada perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Kerangka Inisiatif Tambahan (KITA) PRIHATIN yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion. Sebagai kesinambungan kepada Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Program subsidi upahan, Bantuan Prihatin Nasional dan Geran Khas Prihatin menerima suntikan tambahan dana daripada kerajaan untuk meransang semula ekonomi negara. Kerajaan juga mengunjurkan lebih 200,000 PKS Mikro akan menerima manfaat atas inisiatif GKP 2.0.
Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pembayaran GKP serta soalan lazim sebagai panduan untuk semua. Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima bantuan secara one-off berjumlah RM3,000 pada tarikh yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan tarikh rasmi yang dinyatakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pebayaran bantuan PKS ini.
Tarikh Bayaran GKP 2.0 Tahun 2020 | |||
Tarikh | Hari | ||
Dijangka 25 November 2020 | Rabu |
Bayaran akan dibuat secara berperingkat ke akaun bank penerima. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Soalan Lazim GKP 2.0
Berikut adalah soalan-soalan lazim yang dapat membantu anda berkenaan Geran Khas Prihatin 2.0:
1. Adakah pemohon layak memohon jika telah mendapat permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini?
- Tidak layak. Hanya permohonan baharu dan melepasi kelayakan yang akan diterima.
2. Pemohon berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah pemohon layak memohon GKP 2.0?
- Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.
3. Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 2.0 dilaksanakan?
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang
didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tarikh Bayaran GKP, sila kunjungi atau hubungi pautan berikut:
- Soalan Lazim (FAQ Lengkap)
- Laman Web LHDN (https gkp.hasil.gov.my)
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/603 8911 1000 (Isnin hingga Jumaat-9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Semoga permohonan anda berjaya dan diluluskan untuk menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban anda menghadapi kesan daripada penularan wabak COVID 19. Diharapkan perusahaan anda berjaya mengharungi ekonomi yang sukar pada masa ini.
Related : tarikh pembayaran gkp semakan gkp 2.0 this website uses cookies to portal rasmi pembayaran akan dibuat sederhana pks mikro peratus permohonan telah diluluskan terus ke akaun wabak covid-19 perolehan tahunan kurang gagal kredit permohonan baru tarikh pembayaran gkp 2.0 dibuat bermula,