Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Perlis 2025. Setelah setahun meninggalkan kita, Ramadhan datang lagi. Dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis Dan Waktu Imsak tahun 2025 untuk bulan Ramadhan 1446 Hijrah. Untuk pengetahuan semua, jadual rasmi ini adalah sumber yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Mufti Negeri Perlis.
Syukur kepada yang Maha Esa, dipanjangkan lagi usia kita dan akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1446 Hijrah bersamaan dengan 2 Mac 2025. Bagi negeri seperti Kedah, Johor dan Melaka kerajaan negeri telah memberikan tarikh Awal Ramadhan sebagai cuti umum. Manakala sebahagian negeri yang lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan bercuti pada hari Nuzul Al-Quran pada 18 Mac 2025.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis 2025 Dan Waktu Imsak | |||
Lampiran jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis dan Imsak untuk bulan Ramadhan tahun 1446H / 2025M yang disertakan adalah dari terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis. Di bawah merupakan jadual berbuka bagi tahun 2025 sebagai rujukan. |
| ||||
![]() | ||||
NOTA : Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak (Perlis) | ||||
* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia | ||||
** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia |
Berikut merupakan informasi penting lain yang berkaitan dengan puasa :-
Maklumat Penting Puasa Di Bulan Ramadhan | |||
Sila klik pada pautan yang dinyatakan bagi mendapatkan maklumat lanjut informasi berkaitan | |||
NO | PERKARA | ||
1 | Tarikh Hari Nuzul Al-Quran : 18 Mac 2025 ( Hari Khamis ) bersamaan 17 Ramadhan 1446H | ||
2 | Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa | ||
3 | Niat Puasa Ramadhan : Berniat Puasa dalam bahasa Arab adalah tidak diwajibkan dan tidak juga disunatkan. Cukuplah memadai atau sekadar berniat dalam bahasa Melayu atau bahasa lain yang difahami. Namun adalah lebih baik dan mendapat pahala jika dapat diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad S.A.W dan bahasa Al-Quran | ||
4 | Ibadah solat sunat Terawih hendaklah ditunaikan. Panduan mengerjakan solat terawih | ||
5 | Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia | ||
6 | Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Perlis termasuk Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2025/ 1446H |
Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis Dan Waktu Imsak (Sahur) 2025 ini bermanfaat kepada semua umat Islam. Moga ia dapat dijadikan panduan dalam mengetahui waktu berbuka dan imsak semasa bulan Ramadhan tahun 2025. Selamat menjalani ibadah berpuasa.