Cara Semak Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2026 Online. Bilakah tarikh keputusan KV 2026 dan SMT diumumkan? Perhatian buat pelajar yang ada membuat application ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan tahun 2026. Berikut adalah maklumat tarikh penting berkaitan Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 yang mengandungi tarikh semakan, application/ keputusan rayuan dan pendaftaran pelajar.
Menurut FAQ Pengambilan Pelajar KV & SMT, pelajar boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2026 secara online pada 26 Disember 2025. Calon pelajar Tingkatan 3 adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.
Cara Semak Keputusan Tawaran KV Dan SMT Ambilan 2026
Berikut adalah maklumat/ panduan dan tarikh penting semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT ambilan 2026. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran.
Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk di Asrama KV. Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama.
Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 Secara Online
- TARIKH : 26 Disember 2025
- APPLIKASI SEMAKAN : Klik https://spskt4.moe.gov.my/
BILANGAN NO | TARIKH PENTING | NOTA |
---|---|---|
1 | 22 Sep – 3 Okt 2025 |
|
2 | 26 Disember 2025 |
|
3. | 13 Januari 2026 |
|
- Sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke KV/SMT?
- a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran yang disertakan.
- b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/ SMT semasa hari pendaftaran.
Kredit Portal Info
Cara Membuat Rayuan KV Dan SMT 2026
Calon tidak perlu hadir atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan. Calon hanya perlu membuat rayuan melalui e-rayuan secara atas talian/ online mulai:-
- 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
- Keputusan rayuan akan diumumkan pada 6 hingga 10 Februari 2026 dan bergantung kepada kekosongan
- APPLIKASI SEMAKAN : Klik https://spskt4.moe.gov.my/
Contoh surat Rayuan, sila klik SURAT RAYUAN KV
Diucapkan selamat membuat Semakan Keputusan KV Dan SMT 2026 kepada para pemohon semua. Semoga hasrat anda ke Kolej Vokasional dan Sek Men Teknik ambilan sesi akademik tahun 2026 berjaya.