Semakan Keputusan Tawaran Ke IPG 2022 Online Calon Guru Lepasan SPM. Berita baik buat pemohon dari pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat application IPG untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tahun 2022 (Dahulunya Maktab Perguruan). Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan keputusan IPG 2022 (Institut Pendidikan Guru) melibatkan semakan Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG, semakan panggilan temuduga dan semakan tawaran.
Untuk makluman, tiga peringkat semakan untuk ambilan ke IPG adalah peringkat tapisan semakan UKCG, Temuduga IPG dan semakan nama layak mendapat tawaran ke IPG.
Semakan Keputusan IPG 2022 Calon Guru PISMP Lepasan SPM
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan IPG 2022 online berdasarkan kepada tarikh yang dipaparkan di Kalendar Aktiviti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2022 :-
Cara Semakan Keputusan IPG 2022 Online (Semakan UKCG, Temuduga Dan Tawaran)
Berikut adalah senarai peringkat tapisan/ semakan sehingga keputusan tawaran bagi mengetahui sama ada application ke IPG Ambilan 2022 yang telah dikemukakan oleh pelajar berjaya atau tidak.
Aplikasi Semakan IPG 2022 Online
A. Semakan UKCG Online
- Pelaksanaan e-UKCG Fasa I : 20 – 29 April 2022
- Permohonan Fasa II dan Pengesahan menduduki e-UKCG bagi pemohon Fasa I yang belum menduduki e-UKCG : 1 JUN – 10 JUN 2022
- Pelaksanaan e-UKCG Fasa II : 13 JUN 2022
Cara Membuat Semakan UKCG (Nama Yang Layak)
1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon serta kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem (Semakan UKCG) yang terdapat di laman Aplikasi PISMP
2. Kemudian klik butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan IPG nama calon berjaya menduduki UKCG – Semakan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru
Calon yang terpilih mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Guru (UKCG) pada tarikh yang ditetapkan sebelum layak untuk ke peringkat tapisan seterusnya iaitu Peringkat Temuduga
B. Semakan Temuduga IPG (PISMP)
Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)
- Tarikh Semakan IPG Di buka : 29 Jun hingga 3 Julai 2022
- Masa : Selepas jam 600 petang
Cara Membuat Semakan Panggilan Temuduga PISMP
1. Sila masukkan No MyKad pemohon beserta kata laluan pada ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di Pautan Aplikasi IPG PISMP
2. Kemudian klik Log Masuk untuk mengakses sistem semakan IPG nama calon berjaya temuduga
Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat semakan panggilan temu duga IPG, form butiran diri
Semasa menghadiri temuduga pada tarikh ditetapkan sila bawa bersama surat semakan panggilan temu duga IPG, form borang butiran diri yang telah dilengkapkan dan sijil akademik / kokurikulum
C. Semakan Keputusan IPG/ Tawaran PISMP
- Tarikh Semakan IPG Di buka : 16 Julai 2022
- Semakan Ditutup : Akan dikemaskini
Cara Membuat Semakan Tawaran Calon Berjaya
1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan pada ruang Log Masuk Sistem yang terdapat di Aplikasi PISMP
2. Kemudian klik pada butang Log Masuk untuk mengakses sistem semakan tawaran calon berjaya
Calon jaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara manakala surat tawaran rasmi boleh didapati selepas melaporkan diri di IPG yang telah ditetapkan
D. Proses Pemilihan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan semakan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad)
E. Tindakan Calon Yang Berjaya Mendapat Tawaran IPG 2022
i) Pendaftaran
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan)
- 1 Ogos 2022
ii) Perjanjian Pendidikan Guru
Calon yang ditawarkan mengikuti program PISMP di IPG yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru. Seperti yang tealh ditetapkan oleh KPM. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian
F. Nota Penting Semakan Keputusan IPG
Calon yang telah menduduki UKCG/ temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon
Calon adalah dinasihatkan untuk menyemak status application mereka dari masa kesemasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di IPG ditetapkan
Calon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam application online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggung jawab sendiri
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
- KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
- ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN
- 163000 CYBERJAYA, SELANGOR
- (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
- No. Telefon : 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733/ 6731/ 6769/ 6761/ 6689/ 6760
Selamat membuat Semakan secara Online untuk Calon Guru (PISMP) lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Tahniah kepada pemohon yang berjaya ditawarkan ke IPG dalam program PISMP.
Related : layak dipanggil, secara atas talian online