Perhatian kepada Pelajar Tingkatan Empat (4) sekolah dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda telah mengulangkaji Komponen Sastera (KOMSAS) daripada Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul? Jika belum, berikut dikongsikan nota-nota berkaitan sajak Aku Membaca Lagi : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran untuk rujukan semua.
Karya Razali Mohd. Yussof ini dipilih sebagai salah satu penulisan untuk kajian komponen sastera kerana mempunyai pengajaran yang berguna kepada pelajar. Sajak yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat ini sesuai sebagai bahan kajian pelajar dalam mendalami penggunaan bahasa Melayu.
Sajak Aku Membaca Lagi : Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran
Para pelajar yang ingin membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan atau pentaksiran, sila ikuti perkongsian nota-nota ringkas sajak di atas meliputi Maksud, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran di bawah. Turut disertakan soalan-soalan latihan yang berkenaan.
Maksud Sajak
Rangkap 1
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.
Penyajak telah memandang ke langit dan berasa kerdil apabila melihat kebesaran Tuhan yang mencipta pelbagai fenomena alam.
Rangkap 2
Kuselurusi alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
Penyajak menelusuri alam yang terbentang dan menyaksikan gambaran berbagai-bagai fauna dan kejadian alam yang dicipta Tuhan untuk melengkapkan hidup manusia.
Rangkap 3
Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku makmur.
Penyaka kembali memandang dan memahami langit. Penyajak juga mendapati masalah penggunaan bahasa Melayu pada masa ini meruncingkan. Masalah penggunaan bahasa Melayu kini makin bertambah satu per satu
Rangkap 4
Aku membaca langit kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa
Penyajak masih memahami kandungan di langit dan telah menyaksikan bulan dan bintang lalu menangis kerana memikirkan nasib bahasa Melayu yang semkin dipinggirkan oleh bangsa peribumi sendiri.
Rangkap 5
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayu yang berdarah.
Penyajak kembali memandang ke langit dan menyaksikan langit juga menangisi nasib bahasa Melayu yang difikirkannya semakin tenat dan dilupakan oleh anak bangsa.
Tema
Sajak Aku Membaca Lagi ini bertemakan tentang nasib Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan anak bangsa.
Persoalan
1) Bahasa merupakan satu identiti, lambang dan maruah bangsa
- Penyajak sedih apabila bahasa Melayu tidak dimartabatkan kerana ia merupakan identiti bangsa kita
2) Peranan anak bangsa untuk mengekalkan kedaulatan bahasa
- Penyajak mendapati bahawa anak bangsa semakin lama semakin kurang memartabatkan bahasa kebangsaan
3) Jati diri anak bangsa yang semakin terancam
- Penyajak bersedih akan nasib bahasa Melayu, bahasa ibunda yang tercemar akan merosakkan dan merugikan bangsa itu sendiri
4) Bersyukur atas keindahan alam ciptaan tuhan
- Penyajak mengagumi dan mensyukuri kebesaran Tuhan yang mencipta pelbagai khazanah alam yang indah
Bentuk/ Ciri-Ciri Sajak
- Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat
- Terdiri daripada lima rangkap
- Bilangan barisnya tidak sama :
- Rangkap pertama lima baris
- Rangkap kedua empat baris
- Rangkap ketiga tujuh baris
- Rangkap keempat empat baris
- Rangkap kelima empat baris
- Bilangan kata antara satu hingga enam patah perkataan
- Terdiri daripada empat hingga dua belas suku kata
- Rima akhir sajak bebas atau tidak terikat; abcde, abcd, abcdedf, abcd, abcd
Gaya bahasa
1. Aliterasi : bulan dan bintang menangis
2. Asonansi : kicauan burung
3. Inversi : menitis air mata langit
4. Personifikasi : dahan dan ranting terkulai
5. Metafora : wajah pelangi, lantai tanah airku
6. Repetisi : helai demi helai
7. Pemilihan kata atau diksi yang indah : desiran ombak dan wajah pelangi
8. Perlambangan : langit, pohon-pohon kayan, daun dan ranting
Nada
Sajak ini bernada melankolik
Nilai
1. Nilai Tanggungjawab : Penyajak menyeru anak bangsa memikul tanggungjawab untuk mengangkat kembali martabat bahasa Melayu yang semakin dilupakan
2. Nilai Patriotik : Penyajak menunjukkan nilai patriotik apabila runsing memikirkan kedaulatan bahasa Melayu yang semakin terancam
3. Nilai Keberanian : Penyajak menyatakan bahawa anak bangsa perlu berani menghadapi cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu
4. Nilai Kesyukuran : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung
Pengajaran
1. Kita hendaklah mengukuhkan jati diri yang kuat dan teguh dengan identiti bangsa dalam diri agar budaya dan tradisi bangsa tidak terncam dek ditelan zaman
2. Kita seharusnya memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan
3. Kita perlu berani menghadapi cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa ibunda kita daripada tercemar
4. Kita seharusnya bersyukur kepada Tuhan di atas segala ciptaan dan kejadian di atas muka bumi ini yang melengkapi hidup manusia
5. Kita hendaklah bijak memastikan tradisi, budaya dan warisan yang kita miliki dipelihara dan kekal relevan sepanjang zaman
6. Kita perlu menyemat cinta akan alam sekitar yang menjadi ekosistem yang menyokong kehidupan kita di muka bumi ini
Latihan Soalan
1) Nyatakan perasaan penyajak dalam Sajak ini yang digambarkan dalam rangkap pertama
Perasaan penyajak dalam rangkap pertama Sajak ini menyatakan bahawa beliau berasa bersyukur dan kagum apabila menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
2) Apakah maksud mewarnai kehidupan umat-Mu?
Maksud mewarnai kehidupan umat-Mu adalah seperti melengkapi pelbagai aspek cara hidup para manusia.
3) Pada pendapat anda, apakah kesan jika bahasa Melayu terus terpeinggir apabila penyajak ada menyentuh persoalan nasib bahasa Melayu?
Pada pendapat saya, jika bahasa Melayu semakin dipinggirkan, status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan tergugat. Selain itu, generasi akan datang tidak akan bertutur malah mengenali bahasa Melayu dan akhirnya akan lenyap daripada muka bumi ini.
4) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat martabat bahasa Melayu yang hampir tenggelam semula?
Pada pendapat saya, langkah untuk mengangkat martabat bahasa Melayu bermula dengan figura-figura popular dalam kalangan masyarakat seperti pemimpin negara dan selebriti menggunakan bahasa Melayu secara intensif. Selain itu, bahasa Melayu juga perlu dimartabatkan dengan memperbanyakkan kandungan seperti drama dan filem yang menggunakan bahasa Melayu dan berkualiti tinggi.
5) Huraikan dua pengajran yang terdapat dalam sajak yang anda kaji.
Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah setiap anak bangsa perlu sedar akan tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu supaya ia kekal selamanya. Selain itu, kita perlu berani menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada tercemar.
6) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menanam minat membaca dalam diri anak-anak
Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menanam minat membaca dalam diri anak-anak adalah bermula dengan ibu bapa menunjukkan tabiat itu sendiri. Pada masa yang sama juga, ibu bapa perlu menyediakan tempat dan persekitaran yang sesuai untuk anak-anak membaca.
Related : pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa melayu yang semakin dipinggirkan, menangisi nasib bahasa melayu awan yang berhembus dan banjaran gunung, bersedih akan nasib bahasa melayu awan yang berhembus dan banjaran gunung, nilai cinta akan bahasa melayu berasa sedih melihat nasib bahasa melayu yang tidak dimartabatkan, membasahi bahasa melayu awan yang berhembus dan banjaran gunung, kedaulatan bahasa melayu awan yang berhembus dan banjaran gunung, menangisi nasib bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, kedaulatan bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, martabat bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, membasahi bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, kesedihan pejuang bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, bersedih akan bahasa melayu awan yang bergumpal angin yang berhembus dan banjaran gunung, bahawa alam semula jadi,