Senarai Tugas/ Skop Kerja Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N5. Sedang mencari jawatan kerajaan yang sesuai dengan kelulusan anda sebagai lepasan Diploma/ STPM, STAM, Sijil Matrikulasi dan HSC? Jawatan ini adalah di antara jawatan kerajaan yang boleh dipohon dengan kelulusan anda. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 (Dahulunya Gred N29) beserta maklumat jadual gaji dan syarat lantikan buat panduan mereka yang berminat dengan jawatan ini.
Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan dengan melengkapkan Borang SPA9 (Dahulunya SPA8i) di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 SPA
Berikut dikongsikan syarat lantikan dan kelayakan serta Deskripsi Tugas termasuk jadual gaji minimum dan maksimum.
Kepada mereka yang berminat, daftarlah dengan kadar segera sebelum tarikh tutup permohonan yang dinyatakan
Gaji Dan Syarat Lantikan
Berikut adalah Deskripsi Tugas jawatan ini :-
- Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang
Skop Fungsi Dan Bidang Tugas
Menolong Pegawai Tadbir atau lain-lain pegawai di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan dalam bidang-bidang berikut:
a. Pentadbiran Am
- i. pentadbiran pejabat
- ii. rekod
- iii. protokol dan istiadat
- iv. keselamatan
- v. pengurusan harta dan bangunan
- vi. keurusetiaan
- vii. seranta dan perhubungan awam
b. Pengurusan Personel
- i. perjawatan, skim-skim perkhidmatan, pembangunan organisasi dan perancangan tenaga manusia.
ii. perkhidmatan latihan dan kerjaya.
iii. gaji, elaun dan kemudahan.
iv. faedah persaraan.
v. hubungan perusahaan
c. Pengurusan Kewangan
- i. kewangan am.
ii. belanjawan.
iii. akaun dan pembayaran.
iv. pengurusan material dan stor
d. Pengurusan pentadbiran tanah
- i. pendaftaran hak milik
- i. pungutan hasil.
- ii. tukar syarat
- iii. pengambilan balik
- iv. penguatkuasaan
- v. perlesenan dan premit
e. Pengurusan pembangunan Infrastruktur dan pembangunan manusia
- i. pembangunan insfrastruktur dan kemudahan awam
- ii. pembangunan sumber manusia
- iii. pembangunan sosial
f. Penyelidikan dan pembangunan pengurusan
- i. pemodenan tadbiran
- ii. pembangunan sistem kerja
- iii. penggunaan automasi pejabat
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan adalah seperti di bawah
Tangga Gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
Kumpulan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Gred Gaji : 5
Gaji Minimum : RM 1,650.00
Gaji Maksimum : RM 6,620.00
Kadar KGT* : RM 145.00
Kadar KGM : RM 155.19
*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan ini adalah
Syarat Lantikan
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah
i) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
ii) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii) a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00)
c) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00)
d) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00).
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Berikut adalah Syarat Peningkatan Secara Lantikan untuk jawatan ini:-
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N1 dan Gred N2, Pembantu tadbir (kewangan), adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan PPT N5, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan
a) i) Mempunyai kelayakan seperti dinyatakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
b) Had Umur Perlantikan
i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/ PEPERIKSAAN
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- a) memenuhi tempoh percubaan;
- b. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan;
- c. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N6
PPT Gred N5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan PPT Gred N6 yang kosong apabila telah:
- a) disahkan dalam perkhidmatan;
- b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N7
PPT Gred N6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan PPT Gred N7 yang kosong apabila telah:
- a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N8
PPT Gred N7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan PPT Gred N8 yang kosong apabila telah:
- a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N9
PPT yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N9 yang kosong mengikut syarat- syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan PPT yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).
SUMBER SPA
Semoga perkongsian Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 boleh dijadikan panduan buat para pemohon jawatan kerajaan ini. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan di SPA.
Related search : untuk kursus majlis mesyuarat teknologi maklumat menguruskan penyediaan surat penghantaran contoh soalan, diploma dalam perkhidmatan personel pengurusan pentadbiran pejabat pengurusan majlis rasmi mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang undang,