Panduan buat pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang bercita-cita tinggi dan berkelayakan. Adakah anda ingin memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP)? Jika begitu, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana permohonan SBP Tingkatan 1 dan permohonan SBP Tingkatan 4 ambilan 2026 kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh akan diumumkan di portal dalam satu tarikh sekitar bulan Ogos.
Antara pilihan pelajar selain memasuki SBP adalah MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. SBP dan MRSM menjadi pilihan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah kerana ia merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia sejak dahulu lagi.
Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2026 Online
Buat makluman semua, mulai ambilan tahun 2019, salah satu syarat kemasukan ke SBP untuk Tingkatan 1 adalah Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Pada tahun 2020, KPM telah melancarkan satu ujian yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus menggantikan UKSBP serta menggabungkan pentaksiran bagi kemasukan ke SBP, SMKA, KV, SMT dan MTD serta terkini, MR SM.
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan kemasukan SBP 2026 Tingkatan 1 & 4 yang merangkumi tarikh penting, aplikasi permohonan dan syarat permohonan buat rujukan semua.
PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 & 4 2026 | |
Dibuka | Ditutup |
1 Ogos 2025 | 7 September 2025 |
*Nota : Tarikh RASMI selepas diumumkan oleh KPM. Apa-apa perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan SBP |
TARIKH PENTING PERMOHONAN SBP 2026 TINGKATAN 1 & 4 | ||
PERKARA | TINGKATAN 1 | TINGKATAN 4 |
Permohonan dalam talian | 1 Ogos hingga 7 September 2025 | 1 Ogos hingga 7 September 2025 |
Semakan Pusat Ujian PKSK | 12 September hingga 17 Oktober 2025 | 12 September hingga 3 Oktober 2025 |
Pelaksanaan PKSK | 6 hingga 17 Oktober 2025 | 22 September hingga 3 Oktober 2025 |
Keputusan Tawaran | 26 Disember 2025 | 26 Disember 2025 |
Pendaftaran Pelajar | 13 Januari 2026 | 13 Januari 2026 |
Rayuan Permohonan | 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026 | 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026 |
Keputusan Rayuan | 6 – 10 Februari 2026 | 6 – 10 Februari 2026 |
Aplikasi Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4 2026 Online | |||
Berikut dikongsikan pautan yang dapat digunakan untuk membuat Permohonan SBP Tingkatan 1 2026 Online. | |||
NO | PAUTAN | ||
1. | Klik pautan permohonan yang disediakan di bawah: | ||
2. | Cara membuat permohonan adalah dengan memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama dan ikuti arahan selanjutnya |
A. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1 |
Calon yang layak memohon bagi sesi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2026 ialah
- murid yang lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014
Manakala bagi Tingkatan 4 tahun 2026 pula ialah
- murid yang lahir antara 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011
i) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PERDANA/ AKADEMIK)
SYARAT UMUM
- i. Warganegara Malaysia
- ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- iii. Berpotensi cemerlang akademik
- iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
- v. Sihat tubuh badan
ii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)
SYARAT UMUM
- i. Warganegara Malaysia
- ii. Mencapai aras toleransi PKSK
- iii. Berpotensi cemerlang akademik
- iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
- v. Sihat tubuh badan
SYARAT KHUSUS
Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
iii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)
SYARAT UMUM
- i. Warganegara Malaysia
- ii. Mencapai aras toleransi PKSK
- iii. Berpotensi cemerlang akademik
- iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
SYARAT KHUSUS
- i. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
- ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA)
**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).
B. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4 |
i) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)
SYARAT UMUM
- i. Warganegara Malaysia
- ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- iii. Berpotensi cemerlang akademik
- iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- v. Sihat tubuh badan
ii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
SYARAT UMUM
- i. Warganegara Malaysia
- ii. Mencapai aras toleransi PKSK
- iii. Berpotensi cemerlang akademik
- iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- v. Sihat tubuh badan
SYARAT KHUSUS
Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.
iii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KBT)
SYARAT UMUM
- i. Warganegara Malaysia
- ii. Mencapai aras toleransi PKSK
- iii. Berpotensi cemerlang akademik
- iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- v. Sihat tubuh badan
SYARAT KHUSUS
- i. Murid telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) – Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dari Tingkatan 1 – 3.
*Murid mengikuti mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. - ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).
**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).
iv) PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN – ELEKTIF BAHASA, PENGAJIAN ISLAM, KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS SERTA STEM
SYARAT UMUM
- i. Warganegara Malaysia
- ii. Mencapai aras toleransi PKSK
- iii. Berpotensi cemerlang akademik
- iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- v. Sihat tubuh badan
SYARAT KHUSUS
Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.
Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP (Tingkatan 1) |
i) SBP Aliran Perdana/ Akademik
Pelaksanaan kurikulum di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) aliran Perdana/Akademik adalah untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.
Murid juga digalakkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.
SBP ini, menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-
- 1. Bahasa Melayu
- 2. Bahasa Inggeris
- 3. Matematik
- 4. Sains
- 5. Sejarah dan
- 6. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu:-
- 1. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
- 2. Geografi
- 3. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
- 4. Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik
Di samping itu, murid juga wajib mengikuti satu MATA PELAJARAN TAMBAHAN iaitu Bahasa Antarabangsa yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing seperti:-
- 1. Bahasa Cina Komunikasi
- 2. Bahasa Arab Komunikasi
- 3. Bahasa Jepun
- 4. Bahasa Jerman
- 5. Bahasa Perancis
- 6. Bahasa Korea
ii ) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)
Pelaksanaan kurikulum di SBP aliran Agama adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.
Kurikulum ini akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.
SBP ini, menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-
- 1. Bahasa Melayu
- 2. Bahasa Inggeris
- 3. Matematik
- 4. Sains
- 5. Sejarah
- 6. Pendidikan Islam
Murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu:-
- 1. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
- 2. Geografi
- 3. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
- 4. Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik
Di samping itu, murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN TAMBAHAN iaitu Bahasa Arab dan satu mata pelajaran Bahasa Antarabangsa yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing seperti:-
- 1. Bahasa Cina Komunikasi
- 2. Bahasa Arab Komunikasi
- 3. Bahasa Jepun
- 4. Bahasa Jerman
- 5. Bahasa Perancis
- 6. Bahasa Korea
iii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB) TMUA
Matlamat utama pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SBP adalah untuk melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran Islam (mutadayyin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pelaksanaan TMUA dia SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang:-
- 1. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran
- 2. Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, berketrampilan, berwibawa dan berkepemimpinan
- 3. Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif
- 4. Boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.
Program TMUA ini, menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-
- 1. Bahasa Melayu
- 2. Bahasa Inggeris
- 3. Matematik
- 4. Sains
- 5. Sejarah
- 6. Pendidikan Islam
MATA PELAJARAN WAJIB yang akan murid ikuti ialah:-
- 1. Geografi
- 2. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
- 3. Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik
- 4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
MATA PELAJARAN TAHFIZ yang akan murid ikuti pula ialah:-
- 1. Hifz Al-Quran
- 2. Maharat Al-Quran
Di samping itu, murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN TAMBAHAN iaitu Bahasa Arab dan satu mata pelajaran Bahasa Antarabangsa yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing seperti:-
- 1. Bahasa Cina Komunikasi
- 2. Bahasa Jepun
- 3. Bahasa Jerman
- 4. Bahasa Perancis
Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP (Tingkatan 4) |
i) PAKEJ STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING AND MATHEMATICS) – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)
Objektif pelaksanaan pakej ini di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Di SBP murid akan didedahkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.
Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:
- 1. Bahasa Melayu
- 2. Bahasa Inggeris
- 3. Matematik
- 4. Sejarah
- 5. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF, murid WAJIB untuk mengikuti mata pelajaran:-
- 1. Matematik Tambahan
- 2. Fizik
- 3. Kimia
- 4. Biologi
Di samping itu, MATA PELAJARAN WAJIB yang perlu diikuti ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
*MATA PELAJARAN ELEKTIF tambahan, bergantung kepada SBP yang ditawarkan.
ii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
SBP yang melaksanakan pakej ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Pelaksanaan pakej ini dapat memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kurikulum ini juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.
Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-
- 1. Bahasa Melayu
- 2. Bahasa Inggeris
- 3. Matematik
- 4. Sejarah
Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF pula, murid WAJIB mengikuti:-
- 1. Bahasa Arab
- 2. Matematik Tambahan
- 3. Fizik
- 4. Kimia
- 5. Biologi
- 6. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- 7. Pendidikan Syariah Islamiah
Di samping itu, murid akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
iii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT))
Pelaksanaan Kurikulum Model Ulul Albab (TMUA) di SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang:
- 1. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran
- 2. Pofesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, berketerampilan, berwibawa dan berkepimpinan
- 3. Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif
- 4. Boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah
Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-
- 1. Bahasa Melayu
- 2. Bahasa Inggeris
- 3. Pendidikan Islam
- 4. Sejarah
- 5. Matematik
Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF pula, murid WAJIB mengikuti:-
- 1. Bahasa Arab
- 2. Matematik Tambahan
- 3. Fizik
- 4. Kimia
- 5. Biologi
- 6. Hifz Al-Quran
- 7. Maharat Al-Quran
Di samping itu, murid akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
iv) PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN – ELEKTIF BAHASA, PENGAJIAN ISLAM, KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS SERTA STEM
Tujuan pelaksanaan pakej ini adalah unruk memastikan murid mendapat akses kepada pendidikan yang menyeluruh, merangkumi aspek bahasa, kemanusiaan, pengajian Islam, sastera ikhtisas, dan STEM. Ianya juga membolehkan murid menghargai pelbagai bidang keilmuan dari bahasa, kemanusiaan, hingga STEM, untuk memperluaskan pandangan dan pengetahuan mereka. Akhirnya dapat menyediakan perspektif global untuk membentuk murid yang peka terhadap isu-isu semasa, etika, dan kepelbagaian budaya melalui kajian sastera dan kemanusiaan yang beragama.
Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-
- 1. Bahasa Melayu
- 2. Bahasa Inggeris
- 3. Sejarah
- 4. Matematik
- 5. Sains
Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF pula, murid WAJIB mengikuti:-
- 1. Bahasa Arab
- 2. Matematik Tambahan
- 3. Ekonomi
- 4. Prinsip Perakaunan
- 5. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
- 6. Pendidikan Syariah Islamiah
Di samping itu, murid akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:
- Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia
- Panduan Permohonan : Tingkatan 1 & Tingkatan 4
- Soalan Lazim (FAQ)
Sebarang persoalan berkaitan permohonan SBP boleh melalui:
- a. e-mel – permohonan.skhusus@moe.gov.my
- b. Talian Rasmi – 0383217400 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Diucapkan selamat membuat Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 dan 4 2026 Online. Semoga para pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan tahun 2026. Kepada yang gagal, jangan berputus asa. Cuba lagi dengan mengemukakan permohonan rayuan SBP.