Berita baik buat rakyat Malaysia terutama sekali anak Selangor. Adakah anda sedang mencari cara untuk membeli rumah? Jika ya ini merupakan peluang anda untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan satu program perumahan iaitu Rumah Selangorku. Program ini telah dilaksanakan bermula dari 1 Januari 2014. Bagi mereka yang sudah membuat pendaftaran berikut merupakan cara untuk membuat semakan Rumah Selangorku untuk mengetahui status permohonan secara online.
Untuk pengetahuan semua, terdapat 4 kategori Rumah Selangorku yang boleh dipohon. Terdapat rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk semua pemohon mengikut kategori rumah antaranya ialah berdasarkan pendapatan pemohon. Dinasihatkan pemohon membuat semakan syarat Permohonan Rumah Selangorku sebelum membuat permohonan.
Cara Semak Status Permohonan Rumah Selangorku Online
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan status permohonan rumah Selangorku online sebagai rujukan semua:
Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan dalam mengetahui samada anda layak atau tidak untuk memlilki rumah Selangorku.
Cara Semakan Rumah Selangorku Online | |||
Cara-cara membuat Semakan keputusan rumah Selangorku: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: Semakan Pendaftaran | ||
2. | Masukkan No. kad pengenalan dan kata laluan yang anda gunakan semasa membuat pendaftaran | ||
3. | Apabila anda berjaya log masuk ke dalam sistem, anda akan dipaparkan halaman dalaman pengguna di mana anda boleh melaksanakan permohonan dan membuat semakan status | ||
Panduan Memohon Rumah Selangorku Online | |||
Ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon: | |||
NO | LANGKAH | ||
1. | Klik pada pautan: Laman Sesawang LPHS (Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor) | ||
2. | Sila masukkan no kad pengenalan pengguna berserta kata laluan yang telah didaftarkan dan tekan butang masuk | ||
3. | Untuk pengguna kali pertama sila tekan butang daftar baru dan masukkan no kad pengenalan kemudian tekan butang semak | ||
4. | Untuk maklumat lanjut sila klik Manual Permohonan |
Syarat Kelayakan | |||
Berikut turut dikongsikan syarat kelayakan sebagai rujukan semua: | |||
NO | SYARAT-SYARAT | ||
1. | Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; | ||
2. | Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan; Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D; | ||
3. | Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan; Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan | ||
4. | Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor; | ||
5. | Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa. | ||
6. | Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU | ||
7. | Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri |
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
Maklumat Lanjut | |||
Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi: | |||
NO | MAKLUMAT | ||
1. | Alamat
| ||
2. | FAQ Rumah Selangorku | ||
3. | Laman Facebook Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor |
Semoga dengan perkongsian berkaitan projek perumahan untuk rakyat Selangor ini dapat memudahkan pemohon rumah Selangorku untuk membuat semakan permohonan mereka. Semoga berjaya memiliki rumah idaman anda!