Jadual Waktu Peperiksaan SVM 2025. Bilakah tarikh peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia atau ringkasnya SVM? Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan SVM 2025 yang telah diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Jadual Waktu Peperiksaan Penilaian Akhir serta Ujian Bertulis Sijil Vokasional (SVM) untuk tahun 2025 memaparkan tarikh, mata pelajaran, masa dan tempoh peperiksaan.
Program Vokasional bermatlamat melahirkan murid yang kompeten dan berkemahiran tinggi yang menepati kehendak industri di dalam dan di luar negara selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) ke arah memperkasakan Technical and Vocational Education Training (TVET). Mata pelajaran program vokasional dan akademik juga menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan objektif kolej vokasional untuk melahirkan modal insan yang seimbang, berbakat, kreatif, inovatif, inventif, berdisiplin serta mempunyai nilai etika yang tinggi.
JADUAL PEPERIKSAAN SVM 2025 |
Berikut dikongsikan jadual lengkap peperiksaan SVM 2025 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan sebagai rujukan.
Perincian jadual waktu ujian amali dan ujian bertulis Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dikemaskini setelah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
JADUAL WAKTU DAN TARIKH PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA TAHUN 2025 |
Peperiksaan SVM tahun 2025 akan diadakan seperti berikut:-
i) Ujian Amali
ii) Ujian Bertulis
Arahan Am Calon Peperiksaan SVM 2025
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan/pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar di pusat peperiksaan/pentaksiran yang telah ditetapkan. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan/ pentaksiran bertulis atau melaksanakan ujian amali akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan/pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor hospital kerajaan atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Pentaksiran sebelum tamat tempoh peperiksaan/pentaksiran SVM Semester 1 Sesi 1/2025 (Kohort 2025).
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan/pentaksiran. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos.
- Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Pentaksiran di pusat peperiksaan/ pentaksiran selain dari pusat peperiksaan/ pentaksiran asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/ Pentaksiran hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan/pentaksiran seliaannya.
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan/ Pentaksiran yang dinyatakan dalam JWPA SVM Semester 1 Sesi 1/2025 (Kohort 2025) dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
DOWNLOAD JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SVM 2025 DAN ARAHAN PEPERIKSAAN |
Pelajar boleh memuat turun atau download Jadual Lengkap SVM 2025 di pautan berikut. Arahan peperiksaan seperti arahan di dewan / bilik pentaksiran. Arahan tentang instrumen pentaksiran serta kertas jawapan dan skrip jawapan boleh juga dirujuk sama di jadual waktu peperiksaan PAV |
Semoga perkongsian Jadual Sijil Vokasional Malaysia dapat dijadikan panduan buat pelajar dalam merancang ulang kaji mata pelajaran sebelum peperiksaan sebenar berlangsung. Moga dapat menjawab kertas peperiksaan dengan jayanya.