Perhatian untuk 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada 2007 dan sebelum. Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu siaran media memaklumkan bahawa mereka yang layak akan menerima bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), termasuk penerima SARA sedia ada. Untuk membuat semakan status samada layak atau tidak menerima bantuan ini, anda boleh membuat semakan MyKasih SARA secara atas talian bermula 21 Ogos 2025 di portal rasmi SARA iaitu https://sara.gov.my.
Untuk makluman, tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat memandangkan kelayakan untuk Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak ini adalah secara automatik berdasarkan kepada data pemegang MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau ‘scammer’, memandangkan bantuan Penghargaan SARA akan disalurkan secara terus ke dalam MyKad penerima.
Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ?
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bantuan Penghargaan SARA merupakan usaha ikhlas Kerajaan Madani, yang julung kalinya memanjangkan bantuan tunai kepada seluruh warganegara dewasa, untuk mengagihkan hasil reformasi kewangan awam kepada rakyat.
Bantuan Penghargaan SARA sebanyak RM100 ini akan disalurkan ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos 2025, dan ia boleh dimanfaatkan hingga 31 Disember 2025.
Bagi memastikan limpahan negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya secara saksama, MOF memaklumkan baki Penghargaan SARA yang tidak dibelanjakan di hujung tahun akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program Kerajaan Madani yang akan diputuskan kelak.
“Penerima juga boleh memilih untuk menggunakan bantuan ini dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan,sebagai contoh pembelian barangan asas sebagai derma kepada NGO (badan bukan kerajaan), tempat ibadat dan sebagainya.
Secara umumnya, Bantuan SARA adalah :-
- 🪪 Bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara
- 🛒 Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
- 🍚 Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh – beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya
- 🔥 Nak tahu apa yang paling ‘best’?
Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025 - 👫 SARA RM100 ‘one-off’ ni diberikan kepada individu. Kalau dalam keluarga ada 4 orang dewasa, satu rumah dah boleh dapat RM400. Fuhh! Tapi, harus bijak berbelanja okay!
Semakan MyKasih SARA Secara Online (Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah)
Pemegang MyKad yang dinyatakan seperti di atas boleh membuat semakan kelayakan menerima bantuan melalui pautan berikut:
Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima Penghargaan SARA RM100 one-off, sila kemukakan pertanyaan melalui e-mel sara@mykasih.com
Anda juga boleh menghubungi talian MyKasih di nombor telefon 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Senarai Kategori Barangan & Kaedah Cara Membeli
Mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan asas terpilih di lebih 4,100 rakan niaga SARA di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Bilangan rakan niaga SARA bukan muktamad dan akan bertambah dari semasa ke semasa.
Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
- Beras
- Makanan Dalam Tin
- i. Contoh: Sardin, Tuna
- Telur
- Minuman
- i. Contoh: Susu, Teh, Kopi
- Minyak Masak
- Bahan Perasa
- i. Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam
- Tepung
- Produk Penjagaan Diri
- i. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun
- Roti
- Barangan Kebersihan Rumah
- i. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai
- Biskut
- Ubat-ubatan
- i. yang diluluskan oleh KKM
- Mi Segera
- Keperluan sekolah
- i. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis
Nota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sediada atau sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.
Langkah-langkah Dalam Membeli Barangan MyKasih SARA
- Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
- Tunjuk MyKad untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
- Tukar Nombor Pin Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
- Imbas Kod Barangan Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
- Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
- Simpan Resit untuk Semakan Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
MUAT TURUN Aplikasi MyKasih
Untuk kemudahan yang lebih mudah serta pantas dalam Semak Baki, maklumat Senarai Barangan & Kedai Berdekatan, sila muat turun aplikasi telefon mudah alih di pautan berikut :-
Maklumat Lanjut Semakan Mykasih SARA
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada informasi berikut :-
- Soalan Lazim FAQ Penghargaan SARA
- Panduan Membeli Barangan
- Senarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat melalui portal rasmi MyKasih
Sila layari laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah dengan klik SARA.