Pendaftaran Murid Ke Tahun Satu (1) Kemasukan Sesi 2027 Secara Online. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun Satu (Daftar Tahun 1) atau Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2027 boleh dilakukan pada tarikh 15 Februari sehingga 31 Mac 2026. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2021 dan 2020 layak membuat permohonan atau pendaftaran secara online untuk sekolah/ negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk negeri Sabah Sarawak dan W.P Labuan, pemohon juga boleh membuat permohonan secara online untuk membuat pendaftaran kemasukan.
Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2027 akan di buka secara online di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOEIS KPM – idme.moe.gov.my). Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.

Borang Pendaftaran Tahun 1 : Kemasukan Murid Ke Tahun Satu Ambilan 2027 Online
Berikut adalah maklumat penting dan panduan dalam membuat pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan tahun 2027 secara online/ atas talian. Maklumat yang dipaparkan adalah informasi berkaitan tarikh permohonan, applikasi atau borang pendaftaran dan cara mendaftar.
Tarikh Permohonan Murid Tahun Satu (1) Online
Permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2027 untuk sekolah di semenanjung malaysia termasuk sabah dan sarawak akan dibuka seperti berikut :-
- 15 Februari 2026: Tarikh Buka
- 31 Mac 2026: Tarikh Tutup
Nota : Berdasarkan kepada makluman terkini daripada KPM:
Kenyataan Media KPM Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik Tahun 2027

Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2027
Untuk makluman, Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
β Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia:
- π§π»π¦π» 6 tahun (5+): Lahir 2 Jan β 31 Dis 2021
- π§π»π¦π» 7 tahun (6+): Lahir 2 Jan 2020 β 1 Jan 2021
β¨ Bermula 2027, kanak-kanak berusia enam tahun (5+) boleh memasuki Tahun 1 secara sukarela tanpa ujian saringan.
Cara Membuat Permohonan Murid Tahun Satu (1) Sesi 2027
Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut
i) Sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan WP Labuan
Applikasi permohonan/ pendaftaran secara atas talian/ online boleh dibuat di Sistem Modul Pengurusan Awam (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

Berikut dikongsikan cara mendaftar pelajar tahun satu (1) secara online :-
1. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
2. Untuk pengguna baru idMe, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA.
3. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :-
1. Maklumat prasekolah/ tadika
2. Profil kesihatan
3. Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cara Mohon Tahun 1 Melalui Sistem idMe
1. Layari laman idMe KPM
2. Klik Daftar baru untuk pengguna pertama
3. Masukkan maklumat yang diminta
4. Tick Saya Bukan Robot dan masukkan no. yang diberikan dan klik Daftar
5. Selesai daftar maklumat, log masuk semula ke sistem menggunakan NO. KPT yang didapati melalui email dan klik Daftar Masuk kemudian tukar kata laluan baru
6. Pada paparan utama Sistem Pengurusan IDentiti, klik Modul Pengurusan Awam
7. Pilih Pengurusan Profil dan kemaskini maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak yang diperlukan
8. Selepas itu, buat Permohonan eDaftar Tahun 1 di bahagian Permohonan Kemasukan
9. Klik Mohon di bahagian tindakan pada nama anak yang dipaparkan
10. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal
11. Muat naik dokumen yang diminta mengikut saiz dan format yang ditetapkan
12. Buat pengesahan permohonan dan cetak borang permohonan untuk dihantar ke sekolah bersama borang sokongan.
13. Ikuti langkah secara lanjut melalui Manual Pendaftaran Tahun Satu
iii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-
1. Salinan permohonan online
2. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
4. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
5. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
6. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
7. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Soalan Lazim FAQ Daftar/ Permohonan Murid Tahun 1
Berikut adalah diantara soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 online:-
1. Siapakah yang layak mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027?
Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari β 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun) dan 2 Januari 2020- 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun) layak didaftarkan untuk memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.
2. Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026
3. Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?
Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my
4. Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?
Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
5. Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?
Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.
6. Bila rayuan dibuka?
Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.
7. Apa perlu dibuat jika terlupa kata laluan idMe?
Klik βLupa Kata Laluanβ di laman log masuk idMe dan ikut arahan seterusnya. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal idMe atau pergi ke sekolah pilihan untuk mendapatkan bantuan.
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 β 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
No. Tel : 03-88843501
No. Fax : 03-88895244
Email : supportidMe@moe.gov.my
Berikut adalah rujukan senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia,
Klik JPN
Selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2027 secara online. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Rel : secara manual, https public.moe.gov.my, darjah 1 tahun, secara dalam talian, cara daftar, lahir pada 2 januari, mulai 1 mac 2021, pengesahan penempatan, membuat rayuan, pihak sekolah, sijil lahir kanak kanak berkenaan salinan asal beserta 1 satu salinan kp ibu dan bapa, warganegara malaysia kpm di pautan berikut, tekan pengguna ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual, cara untuk proses perakuan pengesahan pendaftaran iaitu, 2 januari 2018 sesi persekolahan tahun 2024, status pendaftaran tahun 1 sesi 2024 2025, kementerian pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran, alamat tempat tinggal yang didaftarkan, laporan kesihatan doktor dan setem saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon, sijil lahir pada 2 januari 2017 hingga 1 januari 2018, tiada rayuan secara manual boleh dilakukan, iii cetak borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi, status pendaftaran tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025, pendaftaran tahun 1 sesi 2026 2027, penempatan tahun 1 sesi 2026 2027,
