Borang Permohonan UPU Online sesi akademik 2026/2027. Panduan buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf yang bercadang untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti sesi ambilan 2026/ 2027. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan buat rujukan dan panduan pemohon. Untuk makluman, UPUonline tahun 2026 akan dibuka secara online pada 29 Januari 2026.
Pemohon perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU kerana kementerian tidak lagi menanggung pembayaran proses permohonan bagi sesi akademik 2026/ 2027. Permohonan memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja. Dua (2) kategori permohonan adalah daripada kalangan lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.
Borang Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2026/ 2027
Berikut adalah panduan dan maklumat penting berkaitan Borang Permohonan kemasukan ke UA dan IPTA melalui UPU Online 2026 *bahagian pengurusan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi yang merangkumi perkara berikut :-
- Pautan borang
- Tarikh Penting Permohonan
- Cara semak syarat kelayakan UPU
- Maklumat Lanjut UPU
Pautan Borang UPU Online 2026/2027
Pendaftaran mohon UPU hanya terbuka kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berikut:
- SPM 2023, 2024 dan 2025
- STPM 2025
- Pasum/Asasi/Matrikulasi
- STAM 2024 dan 2025

Pembelian NO. UNIK ID di bank simpanan nasional bsn diperlukan. Lengkapkan pendaftaran dan permohonan di pautan ini:
- Pendaftaran UPUOnline
- Daftar Akaun Baru dan isikan maklumat peribadi termasuk kad pengenalan
- Pengguna boleh Login dan semak Program Pengajian yang ditawarkan
Sekiranya menghadapi kesulitan, boleh merujuk kepada Manual Pengguna di pautan berikut:
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2026 /2027
Berikut adalah tarikh-tarikh penting UPU 2026/ 2027 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan.
1. Tarikh Buka Permohonan Online :
- Lepasan SPM
29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang). - Lepasan STPM
Fasa 1: 29 Januari 2026 (12 Tengah Hari) hingga 23 Mac 2026 (5 petang).
Fasa 2: 13 April 2026 (12 Tengah Hari) hingga 5 Mei 2026 (5 Petang).

2. Tarikh Tutup Permohonan : Seperti dinyatakan di atas
3. Pembelian PIN :
- Tarikh: 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026
- Harga: RM10.60
- Kaedah Pembelian:
i. Kaunter BSN di seluruh negara
ii. Mesin ATM (dengan akaun GIRO BSN)
iii. Internet Banking MyBSN (dengan akaun GIRO BSN)

4. Proses Temuduga dan/ atau Ujian : Akan dikemaskini
5. Fasa Pengemaskinian : Akan dikemaskini
6. Hebahan Perdana & Permohonan Rayuan : Akan dikemaskini
7. Hebahan Rayuan : Akan dikemaskini
Kategori UPU 2026/2027
Terdapat 2 kategori permohonan bagi UPU 2025 iaitu seperti berikut :-
i) Lepasan SPM/ setaraf
Untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf seperti berikut :-
- 1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2025 sahaja
- 2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2024 atau 2023
Pelajar dari kategori lepasan SPM/ setaraf adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA

ii) Lepasan STPM/ setaraf
Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-
- STPM 2024
- STAM 2023 & 2024
- Asasi UA
- Matrikulasi KPM
- Diploma/ Setaraf
Kategori Lepasan Diploma/ setaraf adalah termasuk :-
- Diploma UA/ Politeknik
- DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma
- Kelayakan Setaraf seperti A-Level / IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)

Semak Syarat Kelayakan UPU Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Pemohon adalah disarankan untuk membuat checking syarat kelayakan UPU yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi.sebelum membuat permohonan. Ianya penting dalam untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang ingin dipohon. Maklumat yang boleh disemak termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.
Untuk check, sila layari pautan URL di
Untuk kemasukan ke Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti pula, pelajar boleh melayari
- e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA : panduan (akan dikemaskini)
Kalendar Aktiviti UPU Online Sesi 2026-2027
Panduan buat para pemohon UPU online untuk kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi telah mengumumkan senarai tarikh-tarikh penting UPU meliputi tarikh permohonan, panggilan temuduga/ Ujian Medsi, check result dan rayuan. Untuk makluman, permohonan kemasukan melalui UPU online ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti adalah dibuka untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) yang berkelayakan.
Tarikh-tarikh penting yang dikongsikan ini dapat membantu para pemohon dalam membuat pelan perancangan berkaitan dengan pengajian tinggi mereka. Tarikh ini walau bagaimanapun adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini di Portal Rasmi UPU ataupun di Facebook Rasmi UPU.
Berikut dikongsikan tarikh penting UPU 2026 atau kalendar aktiviti permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sebagai rujukan buat Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf).
Tarikh Penting UPU 2026 (Permohonan, Keputusan Dan Rayuan)
Berikut adalah senarai penuh tarikh penting UPU sesi 2026-2027 mengikut bulan iaitu dari tarikh permohonan sehingga tamatnya keputusan rayuan UPU lepasan STPM/ setaraf.
Akan dikemaskini
FEBRUARI
- 9 Februari 2025 : Tarikh buka pembelian No. Pin UPU
- 10 Februari 2025, jam 12 tengahari : Tarikh rasmi Permohonan Fasa 1 dibuka
MAC
- 14 Mac 2025, jam 5 petang (SPM/ STPM/ Setaraf) : Tarikh Permohonan Fasa 1 Ditutup
APRIL & MEI
- 14 April 2025 : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Lepasan SPM & Lepasan STPM & Setaraf) Dibuka
- 14 April 2025 : Check Panggilan Temuduga Lepasan SPM
- 21 April 2025 : Check Panggilan Ujian MEdSI dan Program Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
- 28 April 2025 – 9 Mei 2025 : Ujian MEdSI Dijalankan
- – : Temuduga dan Ujian untuk Lepasan SPM
- 21 April 2025 : Check Panggilan Temu Duga dan / Ujian Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
- 19 Mei 2025 : Check Panggilan Temu Duga Program Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
JUN/ JULAI (Tarikh Penting UPU)
- 14 April – 18 Mei 2025 : Pembukaan Semula dan Kemaskini Permohonan untuk lepasan SPM 2024
- 1 Mei – 18 Mei 2025 : Kemaskini pilihan program pengajian untuk lepasan SPM/setaraf berdasarkan keputusan sebenar ditutup
- 16 Jun, jam 12 tengah hari : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Lepasan SPM
- 17 Jun : Tempoh setuju terima tawaran
- 16 Jun, jam 12 tengah hari : Permohonan Rayuan ke Universiti Awam (UA). Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA Dibuka
- – : Temuduga dan Ujian Lepasan STPM/ setaraf
- – : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
- 25 Jun, jam 5 petang : Permohonan Rayuan UPUOnline untuk Lepasan SPM Ditutup
- – : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA)
JULAI & OGOS
- 30 Julai – 6 Ogos : Kemaskini UPU pilihan program pengajian bukan bertemu duga atau ujian untuk lepasan STPM/ setaraf
- – (12 tengahari) – (5:00 petang) : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM
- – (12 tengahari) – (11:59 malam) : Hebahan Kedua Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM
SEPTEMBER
- – (12 tengahari) : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf
- – : Tempoh setuju terima tawaran Kemasukan STPM / Setaraf
- – (12 tengahari) : Permohonan Rayuan STPM/ Setaraf Dibuka
- – : Permohonan Rayuan STPM / Setaraf Ditutup
- – (12 tengahari) – (5 petang) : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1
- – : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2
Maklumat Lanjut
Adalah diingatkan menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya dalam permohonan adalah seperti berikut :-
- Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
- Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
- Memohon program luar bidang aliran
- Tidak melepasi temuduga
- Markah merit rendah
- Tidak dipilih oleh Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi di kalangan pelajar
Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2025/2026 Online.
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8684 2363 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Selamat memohon UPU Online 2026/2027. Pilihlah kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik/ aliran anda agar peluang masuk U lebih cerah. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan UA dan IPTA kali ini.
Ref : matrikulasi politeknik kolej komuniti, laman web, perlu membeli, permohonan upuonline, sesi akademik 2021/2022, program pengajian lepasan spm, pengajian lepasan stpm setaraf, program pengajian lepasan stpm, ijazah sarjana muda, syarat khas program pengajian, memohon program pengajian lepasan stpm setaraf, ipta politeknik konvensional metro kolej komuniti ilka, kemaskini permohonan kemasukan ke universiti awam ua politeknik kolej komuniti dan ilka, simpan slip permohonan sebagai bukti, kelayakan setaraf dan lepasan stpm setaraf, permohonan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi, muat naik dokumen dan kemaskini, ijazah sarjana muda di ua, terbuka kepada dasar markah merit iaitu 90 akademik dan 10 kokurikulum, penawaran kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi,
penawaran kemasukan ke universiti awam ua politeknik kolej komuniti dan ilka
senarai program pengajian lepasan stpm setaraf, dibuka pada 15 mei 2023, simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat, menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia spm dan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak rm15 sebagai bayaran proses upuonline bagi mendapatkan unik id akan ditanggung sepenuhnya oleh kpt, pembelian pin unik id upu, kemaskini permohonan kemasukan pelajar jabatan pendidikan tinggi, minggu ke ua politeknik kolej komuniti dan ilka, inisiatif ini yang akan membawa, minggu ke universiti awam ua politeknik kolej komuniti ilka, terbuka kepada pelajar lepasan sijil pelajaran malaysia spm dan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, sistem permohonan, muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja, julai 2023 jam 5.00 petang
