Cara Semak Keputusan Asrama Semai Bakti FELDA 2026 Online. Perhatian buat pelajar UPSR tahun enam 2025 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) tahun 2026. Semakan Keputusan Asrama Semai Bakti FELDA ambilan tahun 2026 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 boleh disemak secara online pada tarikh yang akan dikemaskini (tahun sebelum ini 29 Februari hingga 4 Mac 2024). Terdapat 3 ASBF di Malaysia iaitu terletak di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan
Asrama Semai Bakti FELDA atau ASBF adalah asrama FELDA yang ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada anak/ cucu Peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di Rancangan dalam mendapat kemudahan pendidikan yang terbaik.

Semakan Keputusan Tawaran Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2026 Online
Semakan bagi tahun 2026 akan dikemaskini. Menerusi maklumat Laman Web Rasmi MyASB Felda, Semakan Panggilan UKKP & Keputusan Temuduga ASBF 2026 boleh disemak melalui akaun masing-masing di sistem ini. Notifikasi akan dipaparkan sekiranya anda layak menduduki peperiksaan.
UKKP ASBF ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar, iaitu peperiksaan bertulis untuk menilai kelayakan awal pelajar sebelum proses temuduga.
Mata pelajaran yang terlibat adalah :-
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
Semakan keputusan temuduga pula boleh disemak selepas proses temuduga selesai. Keputusan boleh disemak secara terus melalui sistem dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau log masuk akaun.
- Surat tawaran akan dikeluarkan kepada mereka yang berjaya melalui emel pemohon semasa membuat permohonan
- Pemohon juga boleh menyemak keputusan UKKP secara berperingkat
- Pendaftaran pelajar baru yang terpilih adalah : ASBF JB dan ASBF Kuantan pada (akan dikemaskini) dan ASBF KL pada (akan dikemaskini)
Semakan Keputusan Asrama Semai Bakti FELDA Tahun 2026
Berikut adalah tarikh penting permohonan ASBF dari permohonan hingga semakan tawaran serta pendaftaran pelajar.
- 7 Oktober 2025 : Permohonan ASBF online dibuka
- 21 Oktober 2025 : Permohonan ASBF online ditutup
- Akan dikemaskini : Makluman emel duduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP)
- Akan dikemaskini : Ujian UKKP dijalankan
- Akan dikemaskini : Semakan panggilan temuduga
- akan dikemaskini : Sesi temuduga
- akan dikemaskini : Semakan tawaran ke ASBF & Keputusan UKKP
- Akan dikemaskini : Kemasukan ke ASBFJB & ASBF Kuantan
- Akan dikemaskini : Kemasukan ke ASBFKL
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :-
Alamat :
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA
Tingkat 37, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC,50088 Kuala Lumpur. Malaysia
Isnin – Jumaat : 8 pagi – 5 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum :Tutup
No Telefon :
03-4257 6166 (ASBFKL)
09-5147 755 (ASSBFK)
07-5099 528 (ASBFJB)
03-8744 4206 (JPKG)
Emel : myasbf@felda.net.my
Selamat membuat Semakan. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus mendapat tawaran kemasukan ke ASBF Tingkatan 1.
